SBPA sangat memeningkan, aku stress bila pikir lepas ni jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan tak akan ada lagi dan akan dijumudkan. Bermakna selepas ni aku terpaksa bertukar jawatan ke Pembantu Tadbir (P/O). sangat sedih bila pikir yang Pegawai Khidmat Pelanggan akan berkubur buat selama-lamanya. Ya aku tak ada pilihan, kalau aku tak terima opsyen bertukar ke SBPA aku akan dibersarakan atau diberhentikan keje, bermakna kat sini aku terpaksa terima SBPA. Ini lah nasib aku sebagai PKP. Tapi kira ok lah gak at least aku masih ada keje walaupun selepas ini bebanan keje akan semakin banyak. Alhamdulillah aku hepi keje disini dan syukur sebab dapat kenaikan gaji walaupun sikit sangat.
Aku stress sebab prosedur penukaran jawatan aku sangat memeningkan kepala sebab situasi aku ni special sket. Mana borang nak diisi pastu plak camner ngan pengesahan jawatan? nak ikut yang mana satu? PKP ke PT(P/O)? stress stress.. nasib baiklah kerajaan dah tangguhkan SBPA ni, maknanya ada lagi masa nak pikir.
Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku...
0 comments:
Post a Comment