Fish

Thursday, January 12, 2012

Ombak Rindu


Setelah kecoh satu dunia novel ombak rindu akan difilemkan aku pun teruja sama nak menonton macam mana lah novel ombak rindu yang sangat popular zaman 90 an akan ditukarkan ke layar perak. Walaupun aku ni bukanlah kaki dalam novel-novel melayu tapi aku pernah jugak baca novel ni masa zaman dahulu kala kira ingatlah jugak sikit2 ceritanya macam ner.

So dibuatkan cerita disebabkan sangat2 teruja nak tengok bagaimanakah hasilnya bila difilemkan ditambah plak kebetulan karangkraf tengah buat jualan buku besar-besaran kat seksyen 16 aku peminat no.1 novel-novel inggeris ni boleh lah terbeli plak 2 novel melayu termasuklah novel ombak rindu.. kunun-kunun nya nak refresh balik macam mana ceritanya.. amek ko hardcore novel inggeris jadik cair plak layan novel2 melayu.

Bebalik pada filem tu tadik, so ari sabtu aku, wahida n fara pegilah tengok itu movie. Setelah tengok aku yang memang selalu berpandangan negatif tiap kali novel2 fiksyen difilemkan hanya mampu bagi 2/5 saja. Hahahaha aku memang susah nak puas. Banyak sangat benda dalam filem tu tak macam yang ada dalam novelnya. Geram plak bila filemnya banyak lari daripada novel asal karya fauziah ashari ni. Mungkin bagi orang yang tak  pernah baca novelnya akan percaya bulat-bulat ceritanya macam tu tapi bagi orang macam aku yang dah baca bukunya mesti kecewa giler filemnnya sebegitu.

Ya, aku faham filem sangat pendek 1-2 jam sahaja, aku jugak faham yang tak semua boleh dimasukkan dalam filem dan tak bulat2 semua cerita tu akan sama cam novelnya. Tapi at least janganlah diubah sewenang-wenangnya. Kalau dah dinamakan adaptasi jangan lah mende2 penting dibuang ketepi.

Ni antara perbezaan yang sangat2 ketara yang aku perasan antara novel dan filem ombak rindu..
  1. Datuk sufiah dalam movie tak mati tapi dalam novel mati sebab sakit jantung bila tau hariz bukan anak kandung nya.
  2. Dalam movie izzah tinggal dalam banglo ala2 rumah kampung ditepi pantai tapi dalam novel izzah tinggal disebuah apartment di K.L
  3. Izzah tak gugur bila terjatuh kejar hariz dalam movie tapi dalam novel izzah gugur.
  4. Dalam movie mila n wafiah kawan baik tapi dalam novel mila n wafiah langsung tak kenal satu sama lain.
  5. izzah tinggal dengan pak dollah (driver) dan mak jah dalam movie bila dia kena halau dari rumah hariz sedangkan dalam novel izzah tinggal dengan bonda merangkap ibu tiri hariz yang juga ibu kawan baiknya musliha.
  6. dalam movie lansung tak menyentuh tentang adik hariz yang namanya hazirah macam hazirah tu langsung tak wujud dalam ini cerita
  7. dalam movie hariz cemburu dengan mail kawan baik sekampung izzah sedangkan dalam novel mail hanya muncul sekejap saja dihujung cerita dan bukan orang yang menyebabkan hariz cemburu.
  8. dalam movie langsung tak sentuh part izzah sambung blaja di UTM selama 3 tahun dan izzah pernah bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan sedangkan bagi aku ni adalah satu bahagian yang penting yang mana izzah mampu berdikari dan meningkatkan keyakinan diri.
  9. kecengilan hariz dalam movie bagi aku tak mencukupi seperti yang digambarkan dalam novel yang sangat2 garang di permulaan cerita sehingga menyebabkan izzah tersangat-sangat takut terhadap hariz.
  10. dan banyak lagi perbezaan yang kalau aku tulis kat cni post aku ni akan bertambah berjela-jela

kalau aku jadi penulis novel ni mesti aku akan kecewa gile sebab banyak benda yang diubah walaupun katanya di adaptasi. Ya aku memang selalu akan berfikiran negatif bila bab2 adaptasi dari buku ni keluar ke layar perak sama lah gak ngan novel fevret aku shopaholic by sophie kinsella yang tak kurang banyak gak menyimpang dari novelnya. Termasuklah jugak filem ketika cinta bertasbih karya habiburrahman el shirazy bila tengok movienya aku kecewa giler tak sehebat novel karyanya.

Kadang-kadang aku terpikir kalau sebenarnya diorang mempergunakan tajuk buku yang popular tuk buat movie semata-mata nak kasik follower2 novel ni masuk panggung kasi teruja lebih tapi bagi aku bila dah kuar panggung aku sebenarnya lagi kecewa tak hinggat.

Sangat tidak adil bagi yang tak pernah baca novelnya tak tau cerita sebenar. Aku giler membaca tapi rasa telah tertipu bila nonton adaptasinya, aku emo...

0 comments:

Post a Comment