Ye aku tak suka sesangat nyamuk, nyamuk adalah binatang paling aku benci. Aku tak suka tido aku diganggu nyamuk, aku tak suka kena gigit nyamuk. Dah banyak kali tido malam aku diganggu nyamuk, selalunya aku akan terjaga dalam pukul 2-3 pagi disebabkan kena gigit nyamuk. Dan setiap kali aku terjaga aku mesti akan emo, dahla gatal kena gigit pastu plak terjaga tengah sedap2 tido. Nyamuk2 kat bandar sangat2 lah pandai, ada je walaupun aku dah tutup tingkap n pintu, tah celah mana tah dia menyelit aku pon tak tau. Sebelum tido memang dah cek dah, siap pasang ubat nyamuk elektrik tu lagi tapi sangat ajaib nyamuk nya memang akan sentiasa ada jugak n tak mati2 plak tuh pastu plak pandai sangat2 menyorok, pandai plak lari bila aku bersedia nak menampar. Yang aku bengang nyamuk ni jugak berat sebelah sama cam manusia, pandai plak dia pilih2 mana yang nak di gigitnya, sangat pandai ini nyamuk. Selalunya aku jer lah yang akan digigit walaupun kakde ada kat sebelah tido ngan aku, siot giler nyamuk nih, mestilah aku jealous kakde tido dengan tenang sekali tapi aku tido dengan perasaan bengang kena gigit nyamuk. Kadang2 kalau aku dah bengang abis pepagi buta terjaga aku akan buat operasi menampar nyamuk, selagi aku tak dapat tampar nyamuk walau seekor selagi tu lah aku tak akan sambung tido. Aku benci nyamuk ni bila dah digigitnya mesti kat kawasan digigitnya tuh akan meninggalkan parut, penuh dah badan aku dengan parut nya aje. Kalau tak dapat kat badan, muka n mata aku pon akan dibelasah gigitnya.
Sape tah dulu penah cakap ngan aku darah aku ni manis, tak tau plak aku darah ni ada rasa, sebab aku bukan vampire.. tapi mungkin sebab itu lah nyamuk suka gigit aku walau ada orang lain yang boleh digigitnya selain aku. Aku rasa aku sangat malang mempunyai darah yang sangat disukai nyamuk. Oi penat oi tiap2 ari kena gigit nyamuk masa tido, bangun2 tido mesti terus jerit `kena gigit nyamuk....!!` bukan setakat tido kekadang tengah duk sesaja ni pon leh kena gigit, selalunya aku lah orang pertama yang akan lari 100 meter. Ye nasib baik boleh lari sebab tengah sedar dah kalau time tido mana la aku sedar.
Berbagai cara sudah ku buat untuk mengelak dari kena gigit waktu tido malam. Pasang ubat nyamuk elektrik dah tak makan dek nyamuk so sebelum tido aku akan sapu losyen kat kawasan2 badan yang terdedah, selalunya kat tangan n kaki, kat muka plak aku sapu losyen muka dengan harapan at least nyamuk tu akan pengsan kalau dia cuba gak nak gigit aku. Tapi macam yang aku cakap nyamuk bandar ni genius, ubat nyamuk boleh survive, apakah plak losyen, sehari dua mungkin aku berjaya tapi masuk ari ketiga dia dah bertambah pandai, dapat gak dia gigit aku, damn punya nyamuk!!! Kalau kata nak berselubung masa tido memang dah aku buat tapi mang malaysia ni panas dowh aku tak larat nak berselubung sepannjang masa di tambah aku ni time tido aku tak sedar apa yang aku buat, dibuat nya aku mimpi pelik2 tak ke gebor tu berterabur? Apalagi kalau time tuh nyamuk2 ni amik la kesempatan gigit aku.. kena jugak.... bukan tak boleh pasang ubat nyamuk asap tu or sembur penyembur nyamuk, kakde kan ada semput, dua2 mende tu kakde tak leh bau, nanti semputnya menyerang.. aku ingat dulu masa kecik aku penah pasang ubat nyamuk dalam bilik time tuh kakde dah tido, amik ko sepanjang malam kakde sesak nafas, sejak tu la aku tau kakde tak leh ngan asap ubat nyamuk, ditambah plak aku sendiri akan start selesama bila terhidu asap, tak kira la asap per pon n tak tahan ngan bau penyembur yang akan buat hidung aku meleleh... sambung citer, so amik banyak masa la aku pikir camner nak mengelak kan kena gigit nyamuk, pikir nak pasang kelambu la, tapi zaman moden ni mana da nak carik kelambu? Setelah pikir punya pikir n consult ngan kakde (cam ada masalah besar sangat kena consult) jadi aku buat keputusan nak sembur bilik sebelum tido itupon sebab kakde tido ngan wan n aku decide wat time sebelum tido, jadi takkan menjejaskan kakde n aku sendiri. So operasi bermula, tutup semua tingkap n pintu, pasang lampu tutup kipas terus sembur sekeliling bilik n terus tutup pintu selama ½ jam sebelum masuk balik tuk tido, hasilnya malam tadi aku tido tanpa digigit oleh seekor nyamuk pon... huhuhuhu aku berjaya!!!! Tapi, ye masih ada tapi, kena tengok lagi 2 -3 hari lagi, seperti yang aku cakap nyamuk ni genius.. mungkin selepas ni dia akan berevolusi kebal ngan penyembur nyamuk plak..
Aku tulis semua ni sebab aku benci nyamuk n aku bengang sebab jarang dapat tido malam yang peaceful tanpa gangguan nyamuk. Gigitan nyamuk juga sebenarnya lebih banyak sakit nya dari gatal. Bila aku cakap aku tak suka nyamuk tolong percaya sebab aku bukan buat lawak, aku memang tak suka nyamuk. Adios mang!!
p/s ; bokcau tu singkatan perkataan ’sibuk n kacau’.
0 comments:
Post a Comment