Fish

Thursday, September 8, 2011

Siti Nurhaliza - My Fevret Artist

Gilak r tak sabar nak tunggu album baru siti kuar tak lama lagi setelah lebih setahun tanpa sebarang album, aku rinduuuu.. tiap kali new album kuar aku rasakan cam satu hadiah yg sangat bernilai dari siti. Rasa teruja bila pegang album tu tak terkata.

Minat terhadap penyanyi ni dah wujud sejak dari zaman aku sekolah menengah lagi, to be exact sejak aku tingkatan 1, gila lama kan? Time tu tgh skolh so takdak duit nak beli album siti, so aku lebih banyak kumpul lirik2 yang aku tulis terus dari lagu yang aku dengar dari radio. First album yang Berjaya aku beli adalah ‘Aku Cinta Padamu’, masa tingkatan 2, tu pon versi kaset sebb time tuh CD mahal and tak ramai yg pkai cd player time tuh . Bila dah pindah banting, abah selalu bagi aku duit belanja lebih tiap2 hari, so aku simpan sikit2 n Berjaya plak tu beli album2 siti yang lain ( Adiwarna and Pancawarna ), tapi masih lagi dalam versi kaset. Setelah masuk zaman matrix n universiti, apalagi duit pinjaman ptptn aku spend sket tuk beli album ct but still kaset sbb time tu takde cd player lagi (zaman tok kadok). Bila dah start keje ada duit sendiri baru lah aku beli album ct dalam bentuk cd, cd pertama yang aku beli adalah Prasasti Seni. Ditambah plak dah ada duit sendiri aku start beli balik album lama2 dulu yang aku tak dapat beli contohnya album ‘cindai n jerat percintaan’. Seterusnya bila jer kuar album baru aku terus beli albumnya sampaikan cd konsert pon aku beli termasuklah cd kolaborasi ngan artis lain n cd remake lagu2 siti.

Kegilaan pada siti ni aku tak tau mana datang nya dan apakah punca nya. Tiap2 kali siti kuar ngan album terbaru ada rasa dalam hati ni aku kena gak beli yang ori, walaupun aku ada chance tuk dapatkan yang cetak rompak or download jer dari web.

Mungkin ada orang pikir membazir jer duit beli2 album ni tapi pada aku tak. Sebab pada aku lagu-lagu siti ni lah yang selalu buat mood aku berubah dari tension ke cool balik. Memang itulah yang selalu terjadi, time aku marah, sedih n geram aku selalu terus akan teringat lagu siti dan automatik aku akan terus bukak lagunya. Time kat UPM dulu biler tension nak siapkan assignment, dengar lagu siti aku terus ok balik, bila bengang ngan housemate aku bukak kuat2 lagu siti dalam bilik, lepas tu ok balik sampaikan bila time camtu jer housemate aku kata aku tgh buat konsert ngan ct. Aku pedulik apa apa yang orang lain cakap, duit aku sukati aku lah nak buat apa.

Dalam bab siti banyak dihabiskan pada album, tapi aku tak berapa nak minat pegi konsert or gunting gambar siti dari paper or majalah. Ada sesetengah manusia kan kalau dah minat sanggup buat apa saja, potong gambar la, gi suma konsert n pelbagai lagi, tapi pada aku hanya album dan lagu sahaja.

Banyak kali gak aku ada pegi siti perform tapi cam gitu jerlah, nak dapatkan tandatangan or simply shake hand pon susah giler. Kadang2 rasa kecewa bila tak dapat salam walaupon hanya itu saja. First time aku dapat tengok siti secara dekat n dapat shake hand ngan dia ialah masa dia perform lagu ’Bisakah’ tuk separuh akhir muzik2 kat alam sentral, kebetulan lagu tu antara lagu yg paling aku suka. Time tuh aku pegi ngan fara, kitorang dah tekad nak jugak salam ngan siti so kitorang pon tunggulah kat luar studio tv3 tu lepas abis siaran langsung ngan orang2 lain.  Mula2 kitorg predict maybe siti akan kuar kat pintu tepi so memasing duk bersesak kat situ, tapi lepas tu aku perasan adiknya kuar dari pintu tengah so terus aku ngan fara gi beratur kat tepi pintu tuh kat depan skali. Sekali siti pon kuar kat situ aku n fara pon apalagi terus hulur tangan siti pon terus sambut, mak ai siti cantik giler siot!! Time tu aku n fara terpana sekejap n kitorang menjerit tak hingat dunia sebab dapat salam. Selepas tu aku terus tersedar n aku jerit ’siti i love you..’ dengan tak disangka siti jawab balik ’i love u too...’ gilak ar time tuh aku n fara cam orang gila g kejar siti sampai ke lif, time tuh mawi pon ada, apa barang mawi, siti lagi hot maa...

Pada aku siti adalah inspirasi dan lagu2 nya beri ketenangan pada aku, aku tak peduli apa yang orang kata. Satu jer aku nak cakap, sukati aku lah nak suka sape pon!

p/s : ayat terabur cam siot, malas nak betulkan..

album dalam bentuk kaset

album dalam bentuk cd

album konsert-konsert

0 comments:

Post a Comment