Rasa macam cliche sangat kalau citer pasal trip yang dah di pergi. Suma orang selalunya cam tu kan, dah pegi trip mesti update facebook, post new kat blog about those trip and tweet pasal trip tu.
Aku memang ada rasa nak post pasal trip ni tapi rasa malas nak citer. Aku lebih ada rasa nak citer pasal trip selepas itu, upon arriving at Malaysia back. Citer pasal apa yang aku rasa disebalik rasa gembira, sebab blog ni lebih kepada rasa emo dan ketidakpuasan hati dan apa yang aku rasa tak selamat diciter melalui mulut dan apa yang ada di dalam hati yang kekadang aku tak sampai hati dan malu nak citer pada orang lain.
Tapi kalau tak citer pasal trip tu rasa sangat pelik ditambah plak miss q mintak post new about this. So aku citer sikit2 jerlah. Dua perkataan pasal bandung, “SESAK” dan “GILA” tu yang aku rasa selama 3 hari dan 2 malam di sana. Ya, seronok jugak kat sana, udara lebih sejuk dan rasa release tension sket sbb dapat lari dari kebiasaan hari-harian. Aku seronok gi bandung mainly for 3 reason, one dapat spend time ngan kakde, two dapat rasa naik kapal terbang for the first time and three dapat tengok negara orang.
Cerita disebalik semua itu, letih dan tension nak mencari dan memenuhi semua kehendak yang dipesan disamping suasana di sana yang sangat2 sesak. Bandung bukan tempat untuk sight seeing lebih kepada bandar untuk bershopping sakan. Banyak toko-toko pakaian dan makanan di sejenak ceruk bandarnya. Balik ke Malaysia kekadang sakit hati singgah di jiwa setelah berpenat lelah mencari barang2, banyak plak kata-kata sumbang yang tak puas hati. Masyallah diorang tak tau bagaimana gaya bershopping disana, sangat2 letih. Hari kedua di bandung , tour guide bawa kami ke Pasar Baru, the ultimate place to shopping. Ditambah hari tu adalah hari minggu, orang yang ada berduyun-duyun, bersesak-sesak. Toko-toko banyak giler sampai tak tau nak beli di mana, harga semua lebih kurang saja. Aku dan kakde sampai pening nak pilih kedai mana mau beli telekung, kain, disamping mahu plak mencari barang2 lain yang dipesan. Boleh bayangkan tak betapa sesaknya nafas kitorang mencari barang2 ditempat yang sesak dan besar giler, belum lagi penjual kaki lima yang dok mengekor kemana saja kitorg pegi merayu-rayu mintak dibeli barangnya. Geng2 yang lain dah mencari haluan masing2, kalau dah terpisah percentage nak terjumpa diorang balik tu mungkin dalam 5% jer disebabkan terlampau besar tempatnya dan terlampau ramai orangnya. Bila dah beli banyak nak mengangkut adalah lagi satu hal, berpenat lelah lah aku ngan kakde mengangkut semua. Nasib baik lah aku aritu period tak sakit sangat. Tapi semua kata-kata sumbang tu aku pekak kan dan masih boleh dimaafkan kerana mereka tak tau macam mana keadaan sebenar di sana.
p/s : miss q, ada abang hensem pon join skali la trip ni, aww tergoda you... hahaha n picture only @ my facebook, coming soon...
0 comments:
Post a Comment