Fish

Wednesday, July 6, 2011

ANTARA KEBUN DAN DURIAN

Sekarang tengah musim durian, minggu lepas balik kampung n pegi melawat kebun. Abah memang dah 3 malam duk berjaga kat kebun menunggu durian gugur. Apalagi bila musim durian sudah bermula haruman baru akan ada kat umah kitorang. Bermula lah juga satu musim yang penuh dengan durian, durian dan durian juga tak kira makan pagi petang siang malam, semua durian. Kitorg ni kira bertuah juga setelah sejak dari kecik mak n abah tak putus asa menanam, menjaga dan mengusaha kan kebun, kitorang dapat lah juga merasa buah-buahan malaysia sepuas hati, sampaikan aku sekarang pon dah tak berapa minat nak makan durian. Kesian kat orang lain yang kadang2 teringin nak makan durian n kena beli plak tu.  Kitorang sampai terlebih-lebih siap leh buat meniaga lagi, untung woo. Terima kasih mak n abah.

Teringat kenangan zaman kecik2 dahulu waktu mula2 kebun diusahakan, hampir tiap2 hujung minggu kami adik beradik akan diusung balik ke kampung n dibawa ke kebun. Kebun di kaki bukit jugra menjalar hingga ke atas bukit, permandangan dari atas sangat-sangat cantik. Kekadang letih juga bila mendaki ke atas bukit nak menengok pokok2 di atas, tapi hasilnya adalah sekarang, wow durian bukit adalah durian paling best yang pernah aku rasa, terliur sekejap..

Dari pondok kecik untuk berteduh yang abah bina masa mula2 sudah berubah menjadi pondok yang agak besar, kitorg gelarkan pondok ni sebagai banglo kebun. Hahaha walaupun tak berapa selesa tapi kira ok lah tuk tidur n melepaskan lelah setelah penat mengusahakan kebun. Juga abah bina sebuah pondok di atas bukit, yang pernah aku pergi setelah penat mendaki, menikmati permandangan dari sana sangat saujana mata memandang tapi gayat jugak kat situ. Pernah jugak terpikir ’klau pondok ni roboh agaknya aku jatuh tergolek-golek sampai ke bawah bukit... hahaha’

Bila dipikirkan balik seronok jugak lah ada kebun, walaupun masa kecik2 dulu kekadang ada juga rasa malas nak pergi. Pelbagai kenangan dah tercipta kat situ, mandi ari perigi, buat bbq dengan sedara, tanam pokok sama2, tido ramai2 kat pondok, petik buah-buahan sama-sama dan seribu macam lagi kenangan. Macam-macam buah-buahan ada kat sana cuma terpulang lah pada diri sendiri rajin ke tak nak usahakan..
Our Banglow @ Kebun

2 comments:

  1. ade lagi tk durian untk akak? :)

    ReplyDelete
  2. akk kutip sndiri la, bebe dah belasah.. balik cepat sket nnti abis.. hahahaha

    ReplyDelete